JDT pun KALAH BESAR lawan Kelantan

JDT pun KALAH BESAR lawan Kelantan. Nampaknya kemelut pasukan Selangor yang menjadi bualan penyokong mereka mendapat perhatian daripada kumpulan berhaluan kiri mereka yang dikenali sebagai Kumpulan “52” ahli gabungan Persatuan bolasepak Selangor.

Mereka mengatakan bahawa mereka memberi sokongan penuh kepada pengurusan dan juga jurulatih yang diminta letak jawatan oleh penyokong The Red Giant.

JDT pun KALAH BESAR lawan Kelantan

Dalam satu kenyataan yang dibuat, mereka mengatakan bahawa ” JDT pun KALAH BESAR lawan Kelantan sebelum mereka muncul juara dalam liga super.

JDT pun KALAH BESAR lawan Kelantan

““Di zaman kebangkitan bolasepak JDT (Johor Darul Takzim) mereka pernah tewas kepada Kelantan 1-4 dalam satu perlawanan Liga Super, tetapi mereka tetap muncul juara pada musim tersebut dan hari ini dikagumi semua. Bagi peluang kepada jurulatih dan pemain, jangan cepat hukum mereka. Biar mereka belajar dari kegagalan.”

Oleh itu, mereka berharap agar penyokong bersabar dan jangan terlalu cepat melatah. Tunjukkan sokongan kepada pihak pengurusan dan juga pemain serta jurulatih. Jangan hanya mengecam dan menjatuhkan hukuman dengan cepat.

Sebelum ini mereka (Kumpulan 52) ini cukup lantang bersuara dalam mengkritik pihak pengurusan baru FAS sehingga mereka membuat satu Kongres bagi merombak jawatankuasa FAS pada tahun lepas. Namun kini mereka ingin melupakan segala itu dan beralih memberi sokongan kepada pihak pengurusan bolasepak Selangor.

Dalam kenyataan tersebut juga mereka turut mengatakan bahawa RMS mempunyai satu perancangan dan plan jangka masa panjang, maka tidak perlu kita melatah terlalu awal.

“Kami percaya The Red giant sebenarnya berada dilandasan yang benar, jadi inilah masanya kita peminat bolasepak selangor bersatu dan terus memberi sokongan penuh kepada pasukan yang kita sayangi”- Kata mereka

Related Posts

Add Comment