Jose Mourinho Sah Dipecat Pengurus Manchester United Selepas Tewas Dengan Liverpool. Sebelum ini ura-ura pengurus Manchester United, Jose Mourinho akan dipecat disebabkan beberapa keputusan perlawanan yang tidak konsisten dan menyakinkan. Kini, khabar angin ini menjadi realiti dimana kelab ternama Liga Inggeris, Manchester United memecat pengendalinya, Jose Mourinho berikutan persembahan longlai yang ditampilkan kelab itu musim ini.
Jose Mourinho Sah Dipecat Pengurus Manchester United Selepas Tewas Dengan Liverpool
Hal ini menjadi lebih buruk selepas pasukan The Red Devils tumbang 1-3 kepada seteru tradisi, Liverpool, awal pagi Ahad lalu yang menjadi perlawanan terakhir Mourinho di kelab berkenaan. Perkara ini dinyatakan sendiri di laman Twitter Manchester United ;
“Manchester United mengumumkan pengurus Jose Mourinho meninggalkan kelab dengan serta merta,”
“Kelab mahu mengucapkan terima kasih kepada Jose atas kerja yang dilakukannya ketika bersama Manchester United dan mengucapkan selamat berjaya untuknya pada masa depan.
“Seorang pengurus sementara akan dilantik sehingga penghujung musim ini, dengan kelab akan menjalankan proses pencarian untuk pengurus sepenuhmasa yang baharu.”
Manchester United has announced that Jose Mourinho has left the Club.
We would like to thank him for his work during his time at Manchester United and wish him success in the future. #MUFC
— Manchester United (@ManUtd) December 18, 2018
Sepanjang tiga musim Jose Mourinho membimbing pasukan Manchester United hanya dapat menjulang trofi Liga Europa dan Piala Liga pada kempen 2016/17 sebelum mengemudi pasukan itu ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim lalu dan mara ke final Piala FA.
Kemana pula Jose Mourinho selepas ini?