Harga Tiket Vietnam vs Malaysia 10.10.2019 Kelayakan Piala Dunia

Harga Tiket Vietnam vs Malaysia 10.10.2019 Kelayakan Piala Dunia. Nantikan pertembungan hebat antara pasukan Malaysia menentang Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022. Perlawanan ini akan berlangsung pada hari Khamis, 10 Oktober 2019 jam 8.30 malam waktu Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi. Berikut dikongsikan tarikh dan harga tiket Vietnam vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2022 sebagai rujukan buat anda.

Harga Tiket Vietnam vs Malaysia 10.10.2019 Kelayakan Piala Dunia

Harga Tiket Vietnam vs Malaysia 10.10.2019 Kelayakan Piala Dunia

Berikut dikongsikan maklumat tentang Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Vietnam termasuk memaparkan harga tiket dan cara pembelian :

Harga Tiket

RM40

Jumlah Peruntukkan Tiket Penjualan Online

Waktu Penjualan:

Jualan Tiket Aksi Harimau Malaya lwn Vietnam Di Hanoi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa tiket bagi menonton perlawanan ketiga Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Vietnam lwn Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Khamis, 10 Oktober 2019 sudah boleh dibeli oleh penyokong Malaysia menerusi FAM bermula hari ini (27 September 2019) sehingga Rabu, 2 Oktober 2019.

Harga tiket yang telah ditetapkan bagi perlawanan di Hanoi itu adalah RM40 dan sebanyak 1,500 keping tiket diperuntukkan untuk penyokong pasukan pelawat (Malaysia).

Cara Pembelian Tiket Online Vietnam vs Malaysia

Penyokong Malaysia yang berminat untuk membeli tiket perlawanan berkenaan yang sepak mulanya jam 8.00 malam (waktu Vietnam) perlu mengikut langkah-langkah pembelian seperti berikut:

  1. Pilih bilangan tiket yang ingin dibeli dan jumlah pembayaran penuh perlu dikreditkan terus ke akaun Bank Islam – FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA dengan nombor akaun 12131010006121. Simpan slip pembayaran.
  2. Sila e-mel butiran peribadi anda iaitu Nama Penuh, Nombor MyKad, Nombor Telefon, Jumlah Tiket dan lampirkan bersama Slip Pembayaran Bank ke e-mel tiket@fam.org.my.
  3. Pihak FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.
  4. Tiket yang telah dibeli itu kemudian boleh diambil/ditebus di Hanoi dari Rabu, 9 Oktober 2019 hingga Khamis, 10 Oktober 2019. Anda akan dihubungi wakil FAM di sana bagi urusan pengambilan/penebusan tiket.
  5. Penebusan tiket itu hanyalah untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM. Jika pembelian dibuat oleh penyokong Vietnam dan/atau ditebus oleh penyokong Vietnam, pihak FAM berhak untuk tidak menyerahkan tiket berkenaan.

Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan ini selepas jam 11.59 malam pada Rabu, 2 Oktober 2019 tidak akan diproses.

Selamat maju jaya buat Harimau Malaya!

Related Posts

Add Comment