Raul Tarragona ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Kelantan, Adakah Punca Tunggakan Gaji?. Dilaporkan seorang pemain import Kelantan telah tarik diri daripada pasukan itu? Menerusi laman sosial The Red Warriors melaporkan pemain import mereka, Raul Tarragona dilaporkan telah memohon untuk dilepaskan daripada ikatan kontrak bersama pasukan Kelantan dan pihak KRW Sdn Bhd. Di atas persetujuan bersama mereka menerima dan menamatkan kontrak Raul Tarragona.
Aksi terakhir Raul Tarragona bersama Kelantan ketika beliau menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Terengganu FC II pada Jumaat lalu. Beliau pemain pertama yang membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut. Apakah sebab yang membuatkan pemain import itu meninggalkan The Red Warriors?
Raul Tarragona ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Kelantan, Adakah Punca Tunggakan Gaji?
Tarragona sebelum ini hadir di Kota Bahru dengan reputasi hebat selaku penyerang berbisa dimana Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Bibi Ramjani sendiri melaungkan keyakinan Tarragona akan menjadi penyerang digeruni dalam saingan Liga Malaysia.
Mungkin kegagalan Tarragona menampikan sentuhan gol bersama Kelantan menyebabkan beliau angkat kaki daripada pasukan tersebut. Difahamkan sudah hampir dua bulan pemain tidak bergaji dimana gaji terakhir diterima pada bulan Januari 2019. Laporan itu dipetik daripada Foxsport.
Adakah punca tunggakan gaji yang dialami dalam pasukan Kelantan menyebabkan penyerang berusia 32 tahun ini menarik diri tinggalkan Kelantan?
Awal tahun ini, Tarragona diumumkan secara pemain import rasmi Kelantan 2019 bersama tiga pemain import lain seperti Mustafa Zazai, Cassio dan Flavio Junior Beck. Sepanjang bersama Kelantan dalam enam perlawanan, Tarragona hanya menjaringkan satu gol ketika menentang Terengganu FC II sahaja.
Foto Kredit : @wawanfaiz, Kelantan FA