Irfan Mahu Kipre Tchethe Segera Bangkit, Tumpu Lawan Ultimate FC

Irfan Mahu Kipre Tchethe Segera Bangkit, Tumpu Lawan Ultimate FC. Pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti mahu anak buahnya melupakan kekalahan 1-0 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam pada Jumaat lalu. Skuad Sang Penyu akan menumpukan aksi pusingan kedua Piala FA bertemu pasukan Liga M3, Ultimate FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Selasa ini.

Dalam perlawanan ketika menentang Selangor, penyerang import Terengganu FC, Kipre Tchethe masih gagal menjaringkan gol selepas tujuh perlawanan Liga Super. Irfan Bakti agak kecewa dengan prestasi penjaring terbanyaknya, Kipre Tchethe dan menggesa pemain kelahiran Ivory Coast itu menamatkan kemarau jaringan gol.

Irfan Mahu Kipre Tchethe Segera Bangkit, Tumpu Lawan Ultimate FC

Itulah yang diinginkan dari pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti kepada penyerang importnya, Kipre Tchetche yang masih gagal menjaringkan gol selepas tujuh perlawanan Liga Super sudah berlangsung.

Menurut Irfan Bakti dalam Berita Harian menyatakan, “Setakat ini sudah tujuh (7) perlawanan pemain itu (Kipre Tchethe) gagal meledak sebarang jaringan, apa yang saya inginkan pemain itu harus bangkit segera membuktikan prestasinya sebagai antara penyerang terbaik musim lalu,”

Irfan Mahu Kipre Tchethe Segera Bangkit, Tumpu Lawan Ultimate FC

Untuk setakat ini, Terengganu telah menjaringkan lapan gol daripada tujuh perlawanan dan Kipre masih belum berada dalam senarai penjaring. Pada musim lalu, Kipre merupakan penjaring kedua terbanyak Liga Super dengan 14 gol di belakang pemain import Selangor, Segovia.

Kredit Foto : Terengganu FC

Related Posts

Add Comment