Tok Gajah Kini Dahului Liga, Pintas Johor Darul Ta’zim

Tok Gajah Kini Dahului Liga, Pintas Johor Darul Ta’zim. Pahang hadir tanpa tiga tonggak utama iaitu Dickson Nwakaeme, Saddil Ramdani dan Azam Azih ternyata skuad Dollah Salleh berada di kelas tersendiri dimana Felda United tersungkur 3-1 di Jengka sebentar tadi. Dickson Nwakaeme atau panggilan ‘orang besi’ yang digantung perlawanan tidak menjejaskan Pahang apabila merampas semula kedudukan pendahulu Liga Super daripada Johor Darul Ta’zim.

Tok Gajah memanfaatkan sepenuhnya keputusan seri 1-1 yang dilakar Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman semalam apabila menyamai 17 mata dengan Harimau Selatan namun dibezakan jaringan gol.

Tok Gajah Kini Dahului Liga, Pintas Johor Darul Ta’zim

Dalam perlawanan tersebut, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan skuad Tok Gajah di hadapan apabila membuka jaringan pertama pada minit ke-45. Tanpa kehadiran Dickson Nwakaeme, Norshahrul Idlan Talaha memanfaat peluang yang diperolehi dengan membantu jentera tengah dan melakukan serangan ke kubu lawan.

Bagaimanapun skuad The Fighters tidak mudah mengakui kalah, sebaliknya berjaya menyamai kedudukan 1-1 menerusi Thiago Aquino yang menanduk masuk ke gawang gol menerusi hantaran Mohd. Hadin Azman pada minit awal separuh masa pertama.

Pada minit ke-64, Jose Eduardo atau Ze Love meletakkan anak-anak buah Dollah Salleh kembali di depan menerusi sepakan penalti. Pemain gantian Pahang, Mohamad Faisal Abdul Halim yang dibawa masuk menggantikan Muhamadou Sumareh melengkapkan malam cemerlang Tok Gajah apabila menjaringkan gol pada minit ke-92.

Tok Gajah Kini Dahului Liga, Pintas Johor Darul Ta'zim

Tok Gajah menundukkan skuad Felda United 3-1 di Jengka. Keputusan tersebut menyaksikan kini Pahang memintas JDT di kedudukan pertama Liga Super Malaysia 2019.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment