Kedah Berjaya Mengikat 1-1 Menentang Perak, Pengadil Alami Kekejangan Otot!. Perlawanan tumpuan antara pasukan Kedah menentang Perak di Stadium Ipoh. Aksi pertama Liga Super Malaysia 2019 menyaksikan skuad Helang Merah bimbingan Aidil Shahrin mengutip 3 mata pertama setelah menewaskan PKNP FC. Manakala skuad The Boss Gaurus mencatat kekalahan pertama dalam aksi Piala Sumbangsih 2019 setelah tewas tipis kepada Johor Darul Ta’zim.
Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang sangat memukau dan tempo permainan yang tinggi. Pasukan Perak berjaya mencatat gol pertama pada minit ke-18 setelah Brendan Gan mudah menyempurnakan jaringan.
Kedah Berjaya Mengikat 1-1 Menentang Perak, Pengadil Alami Kekejangan Otot!
Namun, gol penyamaan pantas skuad hijaukuning oleh Renan Alves selepas ketinggalan selama 3 minit. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-1.
Masuk babak masa kedua, permainan terganggu seketika apabila pengadil utama perlawanan mengalami kekejangan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Menyaksikan pengadil perlawanan terpaksa ditukar.
Beberapa peluang terhidang buat kedua-dua pasukan, namun keputusan perlawanan berakhir dengan seri 1-1.
Kredit Foto : KFA, ROTP