Pahang Buat ‘Comeback’ Seperti Liverpool, Benam Sang Penyu 4-0 di Kuantan. Pasukan Terengganu FC hadir di Stadium Darul Makmur dengan kelebihan satu gol apabila mencatat kemenangan ke atas Pahang 2-1 dalam aksi pertama Suku Akhir Shopee Piala FA 2019 tempoh lalu. Mampukah pasukan Tok Gajah melakukan comeback di hadapan penyokong sendiri? Bekalan dua gol yang dijaringkan oleh Terengganu FC tidak mencukupi untuk menempah slot ke separuh akhir apabila tewas kepada Pahang 4-0 di Darul Makmur.
Sepak bola bermula menyaksikan pasukan tuan rumah mencatat gol pertama menerusi jaringan Faisal Halim. Rembatan oleh Sumareh gagal ditangkap kemas oleh Suffian dan tidak disia-siakan oleh Faisal Halim. Dalam perlawanan ini ternyata pasukan Pahang lebih mengawal permainan dan serangan ke pintu gol lawan menerusi Dickson Nwakaeme, Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha.
Pahang Buat ‘Comeback’ Seperti Liverpool, Benam Sang Penyu 4-0 di Kuantan
Penyerang prolifik Pahang, Dickson Nwakaeme kembali dalam kesebelasan utama dalam perlawanan ini setelah beliau tidak dapat diturunkan pada tempoh lalu kerana kecederaan. Ternyata pemain bertubuh sasa ini menjadi duri dalam daging apabila Dickson Nwakaeme meletakkan Tok Gajah dua gol dihadapan di Kuantan. Terdahulu, beliau dijatuhkan oleh Suffian Rahman didalam kotak penalti.
48'| GOL DICKSON!
'2 steps penalty' tenang oleh Dickson Nwakaeme meletakkan Tok Gajah dua gol dihadapan di Kuantan pada malam ini! Terdahulu, beliau dijatuhkan oleh Suffian Rahman didalam kotak penalti.@OfficialPahang 2-0 @FCTerengganu #ShopeePialaFA2019#MFLLive#PHGTER pic.twitter.com/nOQvm5yEVZ
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 10, 2019
Sekali sekala skuad Sang Penyu melakukan serangan balas ke pintu gol Pahang namun barisan pemain gagal menghasilkan gol pada separuh masa pertama. Keputusan kekal 2-0 memihak kepada pasukan tuan rumah pada babak pertama.
Sambung masa kedua, pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti memasukkan Ashaari Shamsuddin untuk menggantikan Malik Mat Ariff yang agak tenggelam persembahannya pada babak pertama. Kemasukan Ashaari ternyata memberi sinaran baharu buat Sang Penyu untuk bangkit mencari gol pertama di Kuantan.
Namun, pasukan tuan rumah berjaya memanfaatkan peluang yang ada dimana lagi sekali Dickson Nwakaeme menjaringkan gol pada minit ke-63. Tersentak jaringan itu, pasukan pelawat mula memperkemaskan permainan untuk mengurangkan defisit jaringan gol namun serangan Sang Penyu gagal diterjemahkan gol.
63'| GOL DICKSON!
'Cold-blooded finish' dari Dickson Nwakame untuk meletakkan Pahang selesa 2 gol agregat ketika ini.@OfficialPahang 3-0 @FCTerengganu (4-2)#ShopeePialaFA2019#MFLLive#PHGTER pic.twitter.com/wIUjDWZVXZ
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 10, 2019
Dengan jaringan tersebut memberikan kelebihan buat pasukan Pahang ketika itu 4-2. Mohamadou Sumareh menghukum kelekaan pertahanan Sang Penyu apabila menjaringkan gol keempat Tok Gajah malam ini.
Dua gol Dickson, satu gol Sumareh dan Faisal Halim memberikan kemenangan kepada Pahang mengatasi Sang Penyu dengan keputusan 5-2. Seterusnya Tok Gajah layak ke pusingan Separuh Akhir Shopee Piala FA 2019.
Foto Kredit : MFL