Pemain Jepun Yuta Suzuki Sah Milik The Red Warriors

Pemain Jepun Yuta Suzuki Sah Milik The Red Warriors. Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah mengesahkan pemain import Jepun iaitu Yuta Suzuki bersetuju untuk menyarung jersi pasukan The Red Warriors musim hadapan dengan mengikat kontrak setahun.

Pemain Jepun Yuta Suzuki Sah Milik The Red Warriors

Pemain Jepun Yuta Suzuki Sah Milik The Red Warriors

Suzuki yang berasal dari Jepun dan juga bekas tonggak tengah Phnom Phen Crown FC (PPCFC), memulakan karier bersama Senshu University Soccer Team (2009-2013), FC Suzuka Rampolen-Japan (2014-2015), FC Stara Rise-Republik Chezh (2016), Phom Penh Crwon (2017) dan pasukan terakhir diwakili ialah PPCFC (2018).

Pengumuman ini disahkan sendiri oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan yang mengumumkan  pemain berusia 28 tahun itu di Wisma KAFA.

KAFA berharap dengan kehadiran pemain berpengalaman itu dapat memperkuatkan pasukan Kelantan FA bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim 2019.

SELAMAT DATANG YUTA SUZUKI!

Related Posts

Add Comment