Peminat Bolasepak Palestin Ucap Terima Kasih Pada Malaysia, Halang Atlet Israel. Saya yakin umum sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan tidak akan membenarkan penyertaan atlet daripada Israel untuk menyertai World Para Swimming Championships yang dirancang akan diadakan di Kuching Sarawak.
Kejohanan ini akan diadakan pada bulan Julai dan Ogos tahun ini. Tetapi kejohanan ini telah mendapat perhatian dunia apabila perdana menteri Malaysia mengatakan bahawa mereka menghalang dan tidak membenarkan Atlet Israel menyertai kejohanan ini dan membenarkan kejohanan ini ditukar ke Negara lain jika mendapat tentangan luar.
Peminat Bolasepak Palestin Ucap Terima Kasih Pada Malaysia, Halang Atlet Israel
Malah, ada pemimpin daripada negara tersebut menuduh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai anti-semitik kerana keputusan tersebut.
Bagaimanapun, keputusan yang dibuat tersebut nyata dihargai oleh warga Palestin selepas sekian lama menjadi mangsa penindasan.
Perkara ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter, Muslim Imram di laman twitternya.
Th next day, fans in Palestine Stadium, Gaza city did the same. https://t.co/pygKTeXsdc
— Muslim Imran (@muslim4islam) January 22, 2019
Melalui perkongsian video tersebut, kelihatan para penyokong bola sepak yang sedang menyaksikan perlawanan yang diadakan di Gaza telah menggantung bendera Malaysia bersebelahan dengan bendera Palestin.
Bersama-sama bendera tersebut, para penyokong ini turut menaikkan satu kain rentang sebagai penghargaan kepada keputusan yang dibuat Malaysia.
”Terima kasih Malaysia kerana berdiri teguh menentang pengnormalan terhadap Israel”, kata-kata yang tertera pada kain rentang tersebut.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini telah mengulangi pendirian tegas bahawa Malaysia tidak akan menganjurkan sebarang acara yang melibatkan penyertaan warga negara Israel.