Pihak KBS dan FAM Akan Membuka Siaran Langsung Skrin Besar di Axiata Arena. Bahang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2018 semakin terasa dimana skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan Vietnam pada 11 Disember 2018. Berikutan itu sebanyak 80,000 tiket telah terjual sama ada secara online dan fizikal hanya dalam masa yang singkat.
Namun, ada sedikit kekecewaan di kalangan penyokong dimana rata-rata yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil gagal mendapat tiket final pertama Piala Suzuki AFF 2018. Hal ini juga berkait rapat dengan isu penjualan tiket yang masih dianggap lemah dan sikap tidak bertanggungjawab oleh ulat tiket.
Pihak KBS dan FAM Akan Membuka Siaran Langsung Skrin Besar di Axiata Arena
Berita baik buat rakyat Malaysia dimana menurut kenyataan daripada twitter milik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menyatakan kesal dan kecewa kepada penyokong negara yang tidak berpeluang membeli tiket final Piala AFF.
Sementara itu Syed Saddiq daripada pihak KBS akan bekerjasama dengan FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk menyiasat dan mencari jalan penyelesaian. Memetik kapsyen gambar yang dimuat naik Syed Saddiq, akan membuka Axiata Arena di sebelah Stadium Bukit Jalil untuk live screening buat rakyat Malaysia.
pihak KBS dan @FAM_Malaysia akan membuka Axiata Arena di sebelah Stadium Bukit Jalil untuk 'live screening' buat rakyat Malaysia.
Saya ingin mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai ke Axiata Arena bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya! #AyuhMalaysiaKu pic.twitter.com/6kemMCgnYr
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 10, 2018
Kemasukan ke Axiata Arena pada hari perlawanan pada Selasa ini adalah percuma. Namun begitu, para penyokong dinasihatkan untuk datang awal ke Axiata Arena kerana tempat terhad kepada 15,000 penyokong sahaja. Berdasarkan jadual perlawanan sepak mula akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam adalah pada jam 8.45 malam.
Sementara perlawanan timbal balik di Hanoi akan berlangsung pada 15 Disember 2018 ini.
Kredit : Twitter Syed Saddiq