Sumpahan Penalti Milovan Rajevac Ketika Ghana, Skrip Berulang Dengan Thailand Piala AFF Suzuki 2018. Skrip seakan sama berulang buat pengendali pasukan Thailand, Milovan Rajevac dimana skuad kendaliannya gagal melangkah ke pentas akhir Piala Suzuki AFF 2018 apabila Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan penalti pada minit-minit akhir. Situasi ini sama semasa Milovan Rajevac menjadi jurulatih skuad Ghana dimana pasukannya gagal menyempurnakan penalti ketika menentang Uruguay dalam aksi Piala Dunia 2010.
Pada ketika pasukan Ghana dan Uruguay memperolehi keputusan 1-1 dan akan mengheret masa tambahan, hasil kesilapan penyerang sensasi Barcelona, Luis Suarez yang terkena tangan membuatkan skuad Milovan Rajevac mendapat tendangan penalti.
Sumpahan Penalti Milovan Rajevac Ketika Ghana, Skrip Berulang Dengan Thailand Piala AFF Suzuki 2018
Malangnya penyerang Ghana, Asamoah Gyan gagal menyempurnakan penalti secara tak langsung mengheret ke masa tambahan. Hasil dalam penentuan penalti, skuad kendalian Milovan Rajevac kalah dengan keputusan shootout 2-4 dengan Uruguay. Skuad Ghana gagal ke peringkat seterusnya.
Seakan-akan pasukan Thailand akan memenangi ke atas Malaysia, bertuah buat pasukan Harimau Malaya dimana penjaring gol terbanyak Piala Suzuki AFF 2018, Adisak Kraisorn gagal menyepak tendangan penalti dengan sempurna dan perlawanan itu ditamatkan. Skuad Tan Cheng Hoe layak ke pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2018 dengan keputusan 2-2 ke atas Thailand kelebihan gol tempat lawan.
Tahniah Harimau Malaya! Teruskan momentum di pentas akhir Piala Suzuki AFF 2018.