Skuad Harimau Malaya B-23 Mampu Beri Saingan – Presiden FAM

Skuad Harimau Malaya B-23 Mampu Beri Saingan – Presiden FAM. Selepas keputusan di luar jangkaan skuad Harimau Muda berjaya mengikat keputusan seri 2-2 dengan China dalam perlawanan terakhir Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 malam tadi. Skuad Malaysia kendalian Ong Kim Swee gagal menempatkan dalam pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Thailand.

Meskipun Malaysia tidak berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 tahun hadapan, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin puji aksi dipamerkan anak didik Kim Swee yang mencatat keputusan seri 2-2 dengan skuad China kendalian Guus Hiddink.

Skuad Harimau Malaya B-23 Mampu Beri Saingan – Presiden FAM

Misi Malaysia ke Thailand tidak kesampaian selepas gagal berada dalam kalangan 4 pasukan tempat kedua terbaik kumpulan bagi saingan kelayakan. Menurut Dato Haji Hamidin berkata, “Skuad kebangsaan mempamerkan corak permainan yang baik dengan semangat juang tinggi.

“Kejayaan pasukan kadang-kala tidak boleh diukur dengan kalah atau menang sebaliknya menerusi prestasi dan corak permainan yang ini saya anggap boleh dipuji kerana mampu beri saingan,”

Skuad Harimau Malaya B-23 Mampu Beri Saingan - Presiden FAM

Hadir sama menyaksikan perlawanan adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John Paul dan semua barisan exco FAM.

Turut hadir, pemangku presiden Persatuan Bolasepak China (CFA) yang juga Menteri Sukan China, Du Zhaocai yang hadir bersama Timbalan Setiausaha Agungnya yang juga Pengarah Bahagian Antarabangsa, Roger Luo dan Pengurus Bahagian Antarabangsa, Frank Wei.

Foto Kredit : FAM

Related Posts

Add Comment