AFC B-23: Malaysia Tidak Layak Ke Thailand 2020

AFC B-23: Malaysia Tidak Layak Ke Thailand 2020. Selepas skuad Harimau Muda mencatat keputusan seri 2-2 dengan China, bermakna Malaysia kena menunggu beberapa perlawanan lain lagi untuk mengetahui sama ada layak ke Kejuaraan B-23 AFC tahun hadapan. Berdasarkan keputusan terkini, skuad kendalian Ong Kim Swee gagal ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 apabila Iraq dan Iran hanya mencatat keputusan seri termasuk Jordan dan Syria.

Ini bermakna skuad muda negara turut perlu melupakan hasrat ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Skuad Malaysia berjaya membuka jaringan awal apabila pemain pertahanan China tersentuh bola dan terus menerjah ke gawang gol sendiri apabila terkena sepakan Syahmi Safari. Selang beberapa minit kemudian, penyerang China kembali merapatkan jurang dengan menyamai keputusan 1-1.

AFC B-23: Malaysia Tidak Layak Ke Thailand 2020

Skuad OKS berjaya mendahului keputusan 2-1 apabila penjaga gol China tidak menahan bola kemas dan Danial Haqim mengambil peluang tersebut dengan menahan dan merembat ke gawang gol. Namun di saat-saat Malaysia bakal meraih kemenangan di hadapan penyokong sendiri namun pemain pertahanan China, Jiang Sheng Long mudah menanduk ke gawang gol Malaysia pada minit ke-83.

Dengan keputusan seri memberikan China layak secara automatik ke Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Thailand. Manakala, skuad Malaysia gagal menempatkan 4 pasukan terbaik dalam kedudukan kedua. Sekaligus, Malaysia tersingkir daripada Kejuaraan B-23 AFC 2020 dan Sukan Olimpik 2020.

AFC B-23: Malaysia Tidak Layak Ke Thailand 2020

Berdasarkan keputusan sebelum ini, Malaysia mencatat kemenangan ke atas Filipina dengan keputusan 3-0 dan mengatasi Laos hanya 1-0. Sebelum Malaysia hanya mencatat keputusan seri 2-2 dengan China.

Walaupun bagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada pemain muda negara yang mempamerkan aksi membanggakan dalam tiga perlawanan Kelayakan AFC B-23.

Kredit Foto : FAM

Related Posts

Add Comment