Syazwan Andik Bakal ke JDT atau Selangor?

Syazwan Andik Bakal ke JDT atau Selangor?. Pemain pertahanan kiri Kuala Lumpur dan juga skuad kebangsaan, Syazwan Andik dikhabarkan sedang dipancing oleh dua kelab Liga Super iaitu Selangor dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Syazwan Andik yang berusia 22 tahun masih mempunyai baki kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sehingga penghujung musim 2019. Bagi mana-mana pasukan yang berminat dapatkan khidmatnya perlu menebus kontrak dengan pihak KLFA terlebih dahulu.

Syazwan Andik Bakal ke JDT atau Selangor?

Syazwan Andik Bakal ke JDT atau Selangor?

Syazwan Andik memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama pasukan Harimau Muda B, kemudian beliau dilamar oleh pasukan JDT II pada tahun 2016. Setelah dua musim bersama JDT II, Syazwan Andik berhijrah ke Kuala Lumpur FA pada awal tahun 2018 untuk memperkuatkan di bahagian pertahanan kiri.

Namanya kian dikenali ketika beliau bersama Kuala Lumpur FA. Justeru itu, Syazwan Andik menjadi pemain pilihan Harimau Malaya untuk mengemudi pertahanan kiri ketika Kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 di bawah kendalian, Tan Cheng Hoe. Kini namanya telah menjadi rumours sama ada ke Johor Darul Ta’zim atau Selangor?

Sekiranya beliau kembali semula ke pasukan Harimau Selatan boleh memberikan beliau peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019, namun posisinya kini akan menjadi saingan daripada Fazly Mazlan dan La’Vere Corbin-Ong.

Manakala jika ke pasukan Selangor, Syazwan Andik akan menerima saingan daripada Syukri Azman dan K.Kannan untuk posisi pertahanan kiri. Namun, pengendali baharu, B. Sathianathan dilihat cukup berminat untuk menarik pemain-pemain skuad kebangsaan ke dalam pasukan Gergasi Merah bagi saingan Liga Malaysia musim 2019.

Related Posts

Add Comment