Tak suka JDT ini Jawapan WIN TMJ

Jika dilihat pada perkembangan bolasepak tanah air ianya amat membanggakan apabila rata-rata pasukan bersungguh-sungguh dalam mempersiapkan pasukan terkuat untuk mengharungi Liga Super. Rata-rata pasukan ingin mendapatkan kejuaraan dalam Liga Super dan Piala yang akan dipertandingkan.

Antara yang menarik perhatian arena bolasepak ialah ramai orang tidak suka dengan pasukan JDT. Ye sebagai penulis yang bukan berasal dari Negeri Johor penulis juga merasa jeles dengan perkembangan JDT dibawah kepimpinan TMJ.

Semenjak diambil alih oleh TMJ banyak perubahan berjaya dibawa kedalam Negeri ini. Dan korang tidak boleh pertikaikan jika aku cakap ramai dikalangan peminat bolasepak Negeri lain agak jeles dengan JDT ini. JDT ibarat Manchester United yang tidak disukai oleh Peminat bolasepak dan ingin pasukan ini terus jatuh dan terus jatuh.

Tak suka JDT ini Jawapan WIN TMJ

Dalam satu temuramah dengan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim Tunku meluahkan bahawa semua pasukan bersungguh-sungguh ingin menentang JDT kerana mereka semua ingin lihat dominasi JDT terhenti.

Apa tidaknya JDT telah berjaya mendapatkan kejuaraan liga selama liga musim secara berturut-turut.

“Kita mesti faham dan kena terima hakikat bahawa kita menentang semua orang dan mereka juga pasti menentang kita, untuk cuba menghentikan dominasi kita. Jika pemain tidak mempunyai kesediaan dari segi psikologi untuk memahami fakta ini, pasti JDT akan menghadapi masalah”- Katanya.

Tambahnya lagi, jika pasukan lain bertemu pasukan lain maka perlawanan sesama mereka tidak diberikan 200% dan nampak biasa-biasa sahaja namun apabila mereka bertemu dengan pasukan JDT maka perlawanan itu nampak diberi 200% seolah-olah perlawanan tersebut seperti perlawanan akhir dalam satu-satu pertandingan.

Dalam masa yang sama TMJ turut memberi keyakinan kepada peminat yang mana pasukan akan improve dalam masa terdekat walaupun nampak seperti mempunyai kesukaran diawal saingan ini.

Dalam masa yang sama baginda turut kecewa dengan mutu pengadilan yang mana katanya terjahan Aidil Zafuan terhadap Kipre sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Terengganu namun ia dinafikan oleh pengadil.

Ini selepas baginda ditanya soal mutu pengadilan dan juga mengulas perlawnaan diantara Terengganu dan JDT.

Related Posts

Add Comment