Takziah Pelumba Cub Prix Hafiz Nor Azman Meninggal Dunia. Diucapkan takziah buat pelumba Cub Prix negara, Hafiz Nor Azman yang telah meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix di Bandar Penawar, Johor yang berlangsung pada hari ini. Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas pelumba di hadapan Allahyarham Hafiz Nor Azman terlanggar penghadang di tepi litar menyebabkan penghadang itu terkeluar di tengah litar.

Allahyarham yang berusia 22 tahun, berasal dari Simpang Pulai Ipoh. Hafiz Nor Azman adalah antara pelumba muda yang berbakat besar dari negeri Perak. Difahamkan beliau meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi selepas terbabit kemalangan pada jam 4.00 petang tadi.
Salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham, semoga bersabar dengan dugaan ini dan didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertakwa.
Al-Fatihah