Tok Gajah Mengamuk di Halaman Lawan, PKNP FC Dibolos 3-0!

Tok Gajah Mengamuk di Halaman Lawan, PKNP FC Dibolos 3-0!. Perlawanan menarik menyaksikan antara Pahang FA bertemu dengan PKNP FC dalam aksi kelima Liga Super Malaysia 2019. Pasukan Pahang bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Skuad kendalian Dollah Salleh membuka tirai jaringan awal pada minit ke-2 menerusi Ze Love apabila menerima hantaran baik daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Tersentak dengan jaringan itu, PKNP FC terus bangkit dengan merencanakan serangan ke kubu gol lawan. Walaubagaimanapun, PKNP FC gagal menghadiahkan jaringan gol apabila penjaga gol Tok Gajah, Helmi Eliza Elias menyelamat 5 percubaan tepat ke arah pintu gol. Separuh masa pertama berkesudahan memihak kepada Pahang FA.

Tok Gajah Mengamuk di Halaman Lawan, PKNP FC Dibolos 3-0!

Masuk separuh masa kedua, pemain Pahang terus memberi tekanan kepada pemain lawan dan jaringan gol tercipta hasil daripada Dickson Nwakaeme pada minit ke-50. Pertahanan lawan gagal menghalang larian solo Dickson Nwakaeme dan akhirnya menerjah jaringan gol.

Dickson Nwakaeme yang kini telah mencipta 4 jaringan gol terpaksa dikeluarkan awal setelah masuk babak kedua selepas mengalami kecederaan dalam usaha untuk menghasilkan dua gol. Sekali lagi kealpaan pertahanan lawan dihukum dimana Norshahrul Idlan Talaha pula mencetak jaringan gol pada minit ke-73 hasil hantaran daripada Ze Love.

Tok Gajah Mengamuk di Halaman Lawan, PKNP FC Dibolos 3-0!

Skuad PKNP FC terpaksa menerima kekalahan setelah tewas kepada Pahang dengan keputusan 3-0 di hadapan penyokong sendiri. Dengan kemenangan yang dimiliki Pahang melonjakan pasukan itu ke tangga kedua di belakang Johor Darul Ta’zim.

Related Posts

Add Comment