Skuad OKS Berjaya Mengikat Australia, Nik Azli Wira Penyelamat Negara

Skuad OKS Berjaya Mengikat Australia, Nik Azli Wira Penyelamat Negara. Perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Malaysia B-22 menentang Australia B-22 di Stadium Shah Alam menyaksikan Nik Azli Nik Alias penyelamat skuad kebangsaan daripada kekalahan selepas seri 1-1. Skuad negara terpaksa berdepan pemain lawan yang mempunyai fizikal lebih tinggi dimana rata-rata pemain Australia mewakili dalam pasukan Liga Perdana Inggeris dan kelab-kelab di Eropah.

Skuad OKS Berjaya Mengikat Australia, Nik Azli Wira Penyelamat Negara

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan agak seimbang dan kedua-dua pasukan masing-masing melakukan serangan ke kubu lawan untuk memburu gol. Skuad Australia hampir memecah kebuntuan apabila kesilapan penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli yang gagal melakukan hantaran kemas pantas pemain lawan menyambar, namun sepakannya sedikit tersasar.

Manakala, skuad Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee  berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-28 namun sepakan Akhyar Rashid sedikit tersasar. Kelihatan kedua-dua buntu untuk menjaringkan gol pertama menyaksikan perlawanan berakhir pasa separuh masa pertama dengan tanpa jaringan.

Masuk babak kedua menyaksikan skuad kebangsaan melakukan sekurangnya empat pertukaran pemain dengan memasukkan Faisal Abdul Halim, Evan Wensley, Damian Lim dan Danial Haqim Draman. Namun, skuad kebangsaan terpaksa akur dimana pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pertama menerusi tandukan Brandon Wilsom pada minit ke-49.

Skuad OKS Berjaya Mengikat Australia, Nik Azli Wira Penyelamat Negara

Tersentak jaringan itu, skuad kebangsaan kembali merencanakan serangan ke kubu lawan namun peluang yang dapat tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemain negara.

Sebelum wisel ditiupkan, akhirnya skuad kebangsaan berjaya menyamai keputusan 1-1 apabila Nik Azli Nik Alias dianggap wira mencetak jaringan pada minit ke-90+4. Keputusan perlawanan berakhir dengan keputusan seri dimana skuad OKS berjaya mengikat Australia 1-1 di Stadium Shah Alam.

Kredit Foto : FAM

Related Posts

Add Comment