Akhyar Rashid Sah Menjadi Milik Johor Darul Ta’zim. Isu membabitkan pemain muda negara, Akhyar Rashid mengenai kes tebus kontrak dan pampasan yang dimuktamadkan oleh FAM menjadi isu besar sehingga kini. Akhirnya terjawab berkaitan perpindahan pemain muda, Akhyar Rashid dimana beliau sah berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Akhyar Rashid Sah Menjadi Milik Johor Darul Ta’zim
Akhyar Rashid antara pemain pilihan yang akan bersama-sama dengan pasukan JDT untuk mengharungi Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC musim hadapan. Menerusi video klik daripada portal Johor Southern Tigers, memaparkan kedatangan pemain baharu iaitu Akhyar Rashid ke JDT.
BACA JUGA : Senarai Perpindahan Pemain Liga Super 2019
Selamat datang Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim.