Harga Tiket Badminton Malaysia Masters 2023 (Lokasi). Bilakah tarikh kejohanan Badminton Malaysia Masters 2023 berlangsung? Panduan buat peminat sukan badminton di tanah air yang ingin ketahui harga tiket dan lokasi badminton PERODUA Malaysia Masters. Malaysia Masters atau secara rasmi dikenali sebagai Perodua Malaysia Masters 2023 adalah kejohanan badminton yang berlangsung di Arena Axiata, Kuala Lumpur, Malaysia bermula daripada 23 Mei hingga 28 Mei 2023. Hadiah keseluruhan ditawarkan dalam kejohanan ini berjumlah sebanyak $420,000.

Dalam kejohanan ini dijangka ramai pemain ternama dunia yang akan menyertai berikutan ia sebagai platform bagi mereka mengutip mata untuk kelayakan Sukan Olimpik 2024. Antara pemain-pemain badminton ternama yang akan menyertai kejohanan Malaysia Masters iaitu Jonathan Christie, Loh Kean Yew, Srikanth Kidambi, Kento Momota dan ramai lagi.
Harga Tiket Badminton Malaysia Masters 2023 (Lokasi)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Badminton Malaysia Masters termasuk memaparkan lokasi dan tiket online :
Harga Tiket
Bermula harga RM20 hingga RM460
Cara Beli Tiket Badminton Malaysia Masters 2023
Pembelian tiket boleh didapati secara online di pautan https://www.ticket2u.com.my/event/30799/perodua-malaysia-masters-2023-presented-by-daihatsu


BACA JUGA : Jadual Badminton Malaysia Masters 2023
Sumber : BWF