Jaringan Zuhair Bantu Tok Gajah Raih 3 Mata, Kekalahan Pertama Kedah!. Skuad Kedah FA bertandang ke Kuantan dalam pertemuan keenam Liga Super Malaysia 2019 menentang Pahang. Skuad Helang Merah kendalian Aidil Shahrin misi 3 mata di mana mereka berpeluang besar untuk memenangi perlawanan ini berdasarkan beberapa pemain tonggak utama Tok Gajah mengalami kecederaan.
Perlawanan bermula menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu masing-masing dimana skuad Tok Gajah hampir menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. Namun, sepakan penalti yang diambil oleh Norshahrul Idlan Talaha dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kedah, Ifwat.
Jaringan Zuhair Bantu Tok Gajah Raih 3 Mata, Kekalahan Pertama Kedah!
Kedah lebih banyak bertahan diseparuh masa pertama, namun peluang terbaik hadir melalui sepakan percuma Bauman yang berjaya ditepis Helmi Eliza dan gerakan susulan Fernando juga tersasar.
Masuk separuh masa kedua, pasukan lawan mula asakan dimana tandukan Shakir Hamzah hanya terkena palang gol pada minit ke-49. Pasukan Kedah mendapat peluang lagi sekali setelah sepakan penjuru hasil tandukan Baddrol Bakhtiar hanya melepasi palang.
Pada minit ke-63, Sumareh hampir mencetak jaringan namun gol tersebut dibatalkan pengadil kerana beliau mengasari pertahanan Kedah terlebih dahulu sebelum melakukan tandukan.
Pemain kebangsaan, Mahamadou Sumareh terpaksa ditukarkan pada minit ke-81 kerana mengalami kecederaan dan dibawa masuk pemain muda, Zuhair Aizat. Ternyata kemasukan Zuhair berbaloi dimana melalui gerakan dari kanan pintu gol Kedah, Zuhair yang mahu melakukan hantaran melihat bola sepakannya terbias terkena Khairul Helmi untuk menerjah jaring menewaskan Ifwat.
85'| GOL ZUHAIR AIZAT!
Rembatan Zuhair Aizat terbias Khairul Helmi Johari untuk memecahkan kebuntuan di Kuantan. Tok Gajah mendahului ketika ini!@OfficialPahang 1-0 @MEDIAKFA #PHGKED#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/57mvMhPgUv
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 8, 2019
Skuad Pahang mendahului 1-0 ke atas pasukan lawan setelah Zuhair menghadiahkan gol pada minit ke-86. Pada minit ke-93, satu lagi peluang keemasan untuk menambah gol setelah Nwakaeme berjaya melepasi pertahanan Kedah namun hantarannya kepada Zaharulnizam disia-siakan.
Gol di babak akhir perlawanan oleh tuan rumah meranapkan harapan Kedah untuk membawa pulang sekurang kurangnya 1 mata. Tamat separuh masa kedua memihak kepada skuad Pahang dengan keputusan 1-0 di Kuantan. Skuad tok gajah berjaya mengutip 3 mata penuh dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super.
Kredit Foto : MFL