JDT Dapat Bye Pusingan Kedua Piala FA 2019, Kontroversi Undian Nombor 6 & 9?

JDT Dapat Bye Pusingan Kedua Piala FA 2019, Kontroversi Undian Nombor 6 & 9?Undian Shopee Piala FA 2019 telah berlangsung sebentar tadi menyaksikan juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim mendapat laluan mudah iaitu bye dalam pusingan kedua. Sekaligus JDT bakal menentang pasukan yang layak dalam 16 pasukan terbaik Shopee Piala FA 2019.

Dalam undian tersebut terdapat beberapa perlawanan menarik menyaksikan Kelantan FA bakal bertemu dengan pasukan Liga Super, Selangor FA manakala Perak FA akan bertembung dengan Negeri Sembilan FA di Ipoh.

JDT Dapat Bye Pusingan Kedua Piala FA 2019, Kontroversi Undian Nombor 6 & 9?

Juara bertahan Shopee Piala FA 2019, Pahang dan Kedah nampaknya tidak masalah akan ke pusingan seterusnya dimana skuad Tok Gajah akan bertemu dengan PIB FC manakala pasukan Kedah pula akan menentang Selangor United di gelanggang lawan.

Dalam undian tersebut terdapat suatu kekeliruan antara nombor 6 dan 9 yang menyaksikan sebenarnya pasukan Kelantan akan bertemu Selangor United manakala Kedah akan bertembung dengan Kedah. Namun keputusan sebaliknya berlaku antara pasukan terbabit.

Berikut adalah keputusan penuh undian Shopee Piala FA 2019.

JDT Dapat Bye Pusingan Kedua Piala FA 2019, Kontroversi Undian Nombor 6 & 9?

Adakah pihak Malaysian Football League (MFL) akan melakukan perubahan keputusan undian tersebut antara Kedah, Selangor United, Selangor dan Kelantan? Nantikan kenyataan rasmi daripada laman sosial MFL!

Kredit Foto : MFL

Related Posts

Add Comment