JDT Muncul Pasukan Paling Bernilai Dalam Liga Malaysia. Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pasukan paling bernilai dalam Liga Malaysia dengan harga pasaran mencecah £5.56 juta bersamaan RM30 juta. Nilai anggaran itu diambil menerusi laman web www.transfermarkt.co.uk berdasarkan jumlah keseluruhan harga pasaran pemain dalam pasukan tersebut. Jumlah berkenaan dibantu dengan penguasaan beberapa pemain Harimau Selatan dalam carta pemain paling bernilai.
Bekas pemain import Buriram United, Diogo Luis Santo muncul sebagai pemain termahal Liga Malaysia dengan nilai pasaran mencecah £900,000 (RM4.8 juta). Selain itu, Leandro Velazquez pula pemain kedua termahal dengan nilai £720,000 (RM3.8 juta), diikuti Mauricio Nascimento dan Gonzalo Cabrera di kedudukan ketiga selepas kedua-duanya dinilai pada harga £675,000 (RM3.6 juta).
JDT Muncul Pasukan Paling Bernilai Dalam Liga Malaysia
Tambahan lagi, pemain berdarah campuran atau naturalisasi pemain JDT iaitu Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong juga dilihat turut menyumbang kepada status pasukan paling bernilai JDT selepas masing-masing diletakkan nilai pasaran £720,000 (RM3.8 juta) dan £248,000 (RM1.3 juta).
Pahang pula muncul pasukan kedua paling bernilai selepas Johor Darul Ta’zim dengan nilai pasaran keseluruhan £2.63 juta (RM14.2 juta). Diikuti Melaka United berada di kedudukan ketiga paling bernilai selepas mengikat tiga bekas kapten Harimau Malaya musim ini dengan memiliki tanda harga £2.41m (RM13 juta).
Untuk pengetahuan, laman web www.transfermarkt.co.uk mungkin menjadi bahan rujukan kepada ejen pemain atau pasukan dengan nilai pasaran pemain ditetapkan berdasarkan beberapa faktor terutama pencapaian pemain dan tahap liga yang disertai.
Kredit Info : Bharian
Foto Kredit : JST