JDT Rampas Kembali Kedudukan Teratas, Tewaskan Felda United di Larkin. JOHOR Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas tangga teratas Liga Super Malaysia 2019 selepas menewaskan FELDA United dengan keputusan 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. Dalam perlawanan ini empat gol dihasilkan dalam tempoh hampir 10 minit masa kecederaan dan tiga kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan ke atas pemain The Fighters.
JDT memecah kebuntuan gol pada minit ke-88 selepas gol cantik dihasilkan oleh Gonzalo Cabrera meletakkan tuan rumah di hadapan. Pemain tengah FELDA dari Brazil, Jocinei Schad menyamakan kedudukan pada minit ke-90 sebelum JDT bangkit semula apabila Akhyar Rashid meletakkan mereka di depan pada minit ke-93.
JDT Rampas Kembali Kedudukan Teratas, Tewaskan Felda United di Larkin
Jaringan Diogo Luis Santo pada minit ke-100 melengkapkan kemenangan ke atas FELDA United dengan keputusan 3-1 di Larkin. Skuad The Fighters terpaksa beraksi dengan lapan pemain apabila Zahril Azri Zabri dilayangkan kad merah oleh pengadil Fitri Maskon pada minit ke-60 kerana mengutip kad kuning kedua diikuti pemain pertahankan import, Thiago Junior (m-83) dan Hadin Azman pada minit ke-87.
Kelebihan itu digunakan sebaiknya skuad Harimau Selatan ketika FELDA sukar bertahan dengan lapan pemain dimana semua gol JDT hadir selepas 87 minit ke atas. Dengan kemenangan itu membolehkan JDT merampas kembali tangga teratas Liga Super dengan 20 mata selepas lapan perlawanan.

Manakala Pahang, yang sebelum ini mendahului carta Liga Super 2019 menerusi perbezaan gol, di tangga kedua dengan 17 mata daripada tujuh perlawanan. Skuad Pahang akan bertemu PJ City FC pada hari Ahad ini.
Foto Kredit : JST, MFL