JDT Tumpaskan The Fighters Dalam Minit Terakhir, 3 Kad Merah Dilayangkan!

JDT Tumpaskan The Fighters Dalam Minit Terakhir, 3 Kad Merah Dilayangkan!. Pasukan Johor mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas FELDA United dalam perlawanan minggu kelapan Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, sebentar tadi. Aksi ke-8 Liga Super bersambung kembali pada malam ini. Dan malam ini kita disajikan dengan perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Felda United FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Perlawanan yang penuh drama. Sebanyak 3 pemain Felda United telah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Namun, juara bertahan, JDT berjaya meraih kemenangan 3-1 setelah berhempas pulas menyerang gawang yang dikawal kemas oleh Norazlan Razali hasil jaringan Gonzalo Cabrera, Akhyar Rashid dan Diogo Luis Santo. Felda United mendapat gol saguhati menerusi  Jocinei Schad.

JDT Tumpaskan The Fighters Dalam Minit Terakhir, 3 Kad Merah Dilayangkan!

Sepak mula separuh masa pertama tertumpu perlawanan antara JDT dengan Felda United. Serangan awal pada minit ke-8 dari JDT menerusi sepakan penjuru namun dikeluarkan oleh pertahanan Felda United, Haziq. JDT terus mengasak ke kubu The Fighters dan kini giliran Diogo Luis Santo namun terus ke dakapan penjaga gol Felda, Norazlan Razali.

Selang beberapa minit kemudian, sepakan percuma Safawi Rasid memaksa Norazlan untuk melakukam saves pertama beliau pada malam ini. JDT terus memberi asakan ke kubu lawan The Fighters apabila rembatan Nor Azrif hampir menjaringkan gol namun diselamatkan oleh penjaga gol Felda. Kedua-dua masih lagi menemui jalan buntu untuk menamatkan separuh masa pertama terikat tanpa jaringan.

JDT Tumpaskan The Fighters Dalam Minit Terakhir, 3 Kad Merah Dilayangkan!

Sepak mula separuh masa kedua, JDT terus memberikan asakan bertubi-tubi ke kubu lawan. Sekali sekalan skuad The Fighters turut naik menyerang apabila mendapat peluang terutamanya menerusi Hadin Azman yang berjaya melepasi pertahanan Harimau Selatan.

Masih tiada jaringan akhirnya JDT memecah kebuntuan di Larkin apabila sungkitan dan voli jarak dekat Gonzalo Cabrera pada minit ke-88 meletakkan tuan rumah di hadapan. Selepas dua minit kemudian, sepakan percuma Jocinei Schad terbias pertahanan JDT dan terus menerjah jaring.

Dalam perlawanan tersebut menyasikan Zahril, Thiago Aquino dan Hadin Azman masing-masing dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Felda United terpaksa berhadapan dengan JDT hanya 8 orang pemain bermula minit 89.

Ketiadaan 3 orang pemain The Fighters membolehkan pemain sensasi negara, Akhyar Rashid menjaringkan gol pada minit ke-93. Sebelum wisel ditiupkan, giliran Diogo pula meletakkan JDT 3-1 ke atas FELDA United menerusi rembatan cantik mengelirukan penjaga gol lawan.

JDT tumpaskan Felda United di Larkin dalam 5 minit terakhir. 4 gol pada minit-minit terakhir memberikan kemenangan 3-1 kepada Harimau Selatan sebagai tuan rumah dalam perlawanan ini.

Kredit Foto : MFL, JST

Related Posts

Add Comment