JDT Tumpaskan Red Giants di Larkin, Harimau Selatan Makin Hampiri Kejuaraan. Pasukan Johor Darul Ta’zim semakin hampir menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia musim ini selepas menewaskan Selangor dengan keputusan 3-2 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos sebentar tadi. Pasukan Selangor hadir sebagai pasukan pelawat dimana mereka optimis untuk menewaskan JDT di Larkin namun keputusan berakhir sebaliknya.
Sepak bola bermula menyaksikan pemain import Selangor, Endrick Dos Santos hampir mengejutkan tuan rumah seawal minit ketiga selepas serangan balas pantas dilancarkan oleh The Red Giants. JDT kembali merencanakan serangan dan terbukti mereka berjaya mencetak gol pertama pada minit ke-10 yang disudahkan dengan rembatan kencang oleh Gonzalo Cabrera selepas set-up menarik dari Diogo.
JDT Tumpaskan Red Giants di Larkin, Harimau Selatan Makin Hampiri Kejuaraan
Tidak sampai dua minit berselang giliran Leandro Velasquez pula meletakkan JDT dua gol dihadapan selepas menyudahkan umpanan cantik dari Cabrera. Leandro yang mempunyai ruang dalam kawasan penalti tidak mempersiakan peluang itu dimana disudahi dengan jaringan gol.
Tersentak dengan jaringan pantas daripada pasukan tuan rumah, Selangor mula memperkemaskan permainan dan mengatur serangan. Pada minit ke-41, pemain berpengalaman Khyril Muhymeen mengurangkan defisit gol di Larkin selepas sepakan percuma beliau terus menerjah jaring menewaskan Farizal Marlias. Keputusan itu meletakkan Selangor 1-2 JDT.
41'| GOL KHYRIL!
Khyril Muhymeen mengurangkan defisit gol di Larkin selepas sepakan percuma beliau terus menerjah jaring menewaskan Farizal Marlias.@OfficialJohor 2-1 @FASelangorMy #LigaSuper2019#MFLLive#JDTSEL pic.twitter.com/fiYAmADQFF
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 19, 2019
Masuk separuh masa kedua, pasukan kendalian Luciano Figueroa mempamerkan aksi bertenaga untuk menambah jaringan gol. Selangor kembali ketinggalan 2 gol di Larkin selepas Safawi Rasid menyudahkan lorongan cantik Nazmi Faiz pada minit ke-61.
61'| GOL SAFAWI!
Selangor kembali ketinggalan 2 gol di Larkin selepas Safawi Rasid menyudahkan lorongan cantik Nazmi Faiz.@OfficialJohor 3-1 @FASelangorMy #LigaSuper2019#MFLLive#JDTSEL pic.twitter.com/amhrorIdiI
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 19, 2019
Malang terus menimpa buat Red Giants apabila pemain tengah, K. Sarkunan di perintah keluar padang bertindak balas akibat rasa tidak puas hati beliau terhadap keputusan pengadil perlawanan. Walaupun Selangor beraksi dengan 10 pemain, mereka tidak berputus asa untuk merapatkan jurang gol.
Pada minit ke-89, Sandro Da Silva tenang menyudahkan sepakan penalti untuk kembali mengurangkan defisit gol Red Giants kepada satu gol. Jaringan itu belum cukup untuk membuatkan pasukan Selangor memperoleh satu mata apabila keputusan berakhir memihak kepada tuan rumah.
Gol dari Cabrera, Leandro dan Safawi memberikan kelebihan buat JDT meraih 3 mata dilaman sendiri pada malam ini. Johor Darul Ta’zim masih gah di takhta Liga Super selepas 17 perlawanan berlangsung.
Foto Kredit : MFL