Kedah FA Lancarkan Jersi Musim 2019, Kit ‘Home’ Persis Retro!

Kedah FA Lancarkan Jersi Musim 2019, Kit ‘Home’ Persis Retro! Setelah lama menunggu dan ternanti-nanti, akhirnya penyokong-penyokong Kedah FA kini boleh menjamu mata dan bersedia membeli ketiga-tiga jersi yang akan digunakan oleh pasukan kesayangan mereka.

Kedah FA Lancarkan Jersi Musim 2019, Kit 'Home' Persis Retro!

Menerusi laman sosial Persatuan Bolasepak Kedah, pasukan Helang Merah telah melancarkan jersi ‘home’ dan ‘away’ yang akan digunakan mereka di Liga Malaysia 2019 dalam satu majlis yang berlangsung di Stadium Darul Aman pada hari ini.

Kedah FA Lancarkan Jersi Musim 2019, Kit ‘Home’ Persis Retro!

Untuk musim ini, pasukan Kedah FA akan menggayakan jersi dari jenama antarabangsa dari Itali, Lotto Sports. Terdapat 3 kit utama yang dilancarkan iaitu jersi home yang menggunakan warna tradisi hijau kuning persis ala-ala jersi Malaysia, jersi away yang berwarna merah dan jersi alternatif yang berwarna hijau gelap.

Kedah FA Lancarkan Jersi Musim 2019, Kit 'Home' Persis Retro!

Kesemua kit ini boleh didapati di Astaka Utama, Stadium Darul Aman dan cawangan-cawangan Football Republic di Alor Setar, KLCC, Sunway Pyramid & Prestige Sports 10 Boulevard, Damansara. Kit player issue yang dijual dengan harga RM119 ini didatangkan sehingga saiz 4XL.

Apakah pandangan anda? Cantik? Tertarik?

Kredit Foto : Kedah FA

Related Posts

Add Comment