Malaysia Kekal Posisi 167 Dunia Dalam Ranking FIFA. Pada 7 Februari 2019, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengeluarkan ranking terbaharu untuk pasukan bolasepak dunia termasuk skuad Harimau Malaya. Jika sebelum ini pasukan kebangsaan menduduki tangga 167 dunia dan tangga ke-35 daripada negara-negara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Malaysia Kekal Posisi 167 Dunia Dalam Ranking FIFA
Menerusi kemaskini kedudukan ranking dalam laman sesawang www.fifa.com, ranking skuad Harimau Malaya kekal di tangga 167 dunia setelah kali terakhir terlibat dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam pada pertengahan Disember tahun lalu.
Kedudukan Harimau Malaya tidak berubah memandangkan tiada sebarang perlawanan persahabatan melibatkan skuad kebangsaan sepanjang bulan januari lalu. PasukanĀ Iran, Jepun dan Korea Selatan merupakan tiga pasukan yang mengungguli kedudukan tertinggi dalam kalangan negara Asia dengan masing-masing berada tangga ke-22, ke-27 dan ke-38 dunia.
Manakala, pasukan Vietnam daripada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang merupakan juara Piala AFF Suzuki 2018 menduduki tangga 99 dunia.
Kredit Foto : FAM