Tiket Akhir Piala Suzuki AFF 2018 Dijual Online Esok

Tiket Akhir Piala Suzuki AFF 2018 Dijual Online Esok. Menurut kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kevin Ramalingam memaklumkan tiket final 1 Piala Suzuki AFF 2018 Di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual esok pagi. Walaupun skuad negara belum ketahui pasukan mana yang bakal bertemu sama ada Vietnam atau Filipina, namun Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 telah ditetapkan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini, 11 Disember 2018.

Tiket Akhir Piala Suzuki AFF 2018 Dijual Online Esok

Kredit Foto : FAM

Menurut kenyataan Ramalingam ;

Sama seperti aksi Separuh Akhir 1 bertemu Thailand sebelum ini, tiket aksi Final 1 ini hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket dilantik Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas keputusan satu lagi aksi Separuh Akhir 2, Vietnam lawan Filipina di Hanoi, malam ini diketahui.

Mengikut jadual, tiket yang telah siap dicetak itu nanti dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Disember 2018, sekali gus ia hanya boleh mula dijual secara fizikal pada pagi Ahad ini (9 Disember 2018), itupun jika tiada sebarang kelewatan penerimaan tiket tersebut.

Tiket Akhir Piala Suzuki AFF 2018 Dijual Online Esok

Penjualan Tiket Secara Online

Untuk memudahkan penyokong Malaysia, berikut adalah tarikh penjualan tiket final Piala Suzuki AFF 2018 :

7 DISEMBER 2018 (JUMAAT) – 20,000 Ribu

8 DISEMBER 2018 (SABTU) – 20,000 Ribu

Kesemua 40,000 tiket tersebut akan dijual secara dalam talian (online) di www.tickethotline.com.my pada jam 9.00 pagi.

Penjualan Tiket Secara Fizikal

Sementara baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini dan lokasi-lokasi penjualannya akan dimaklumkan nanti.

Harga Tiket Akhir Piala Suzuki AFF 2018

i. Tempat duduk terbuka : RM40

ii. Kanak-kanak : RM5

iii. Grandstand : RM50

Tiket Akhir Piala Suzuki AFF 2018 Dijual Online Esok

Menurut Ramalingam ;

Mengenai penetapan harga tiket pula, jika diimbas empat tahun lalu, harga tiket bagi Final 2 Piala Suzuki AFF 2014, Malaysia bertemu Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil ketika itu adalah RM50 bagi tempat duduk terbuka dan RM10 bagi tiket kanak-kanak.

Mengambil kira semangat yang sama ketika aksi Separuh Akhir 1 bertemu Thailand tempoh hari apabila FAM mengenakan harga tiket lebih rendah daripada edisi 2014, untuk aksi Final 1 pada Selasa ini, FAM sekali lagi mengambil pendekatan sama dengan menetapkan harga tiket yang lebih rendah berbanding empat tahun lalu supaya ia tidak terlalu membebankan para penyokong Harimau Malaya yang akan hadir ke stadium.

Keistimewaan Penyokong Malaysia di Stadium Rajamangala

Berita baik buat penyokong Harimau Malaya yang telah hadir ke Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi. FAM sememangnya sangat menghargai komitmen dan kegigihan anda semua.

Sila simpan keratan tiket Separuh Akhir 2 bertemu Thailand malam tadi kerana FAM sedang berbincang untuk memberikan ‘keutamaan’ kepada anda semua dalam proses membeli tiket Final 1 ini. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya.

Dalam pada itu, Final 2 akan berlangsung di tempat lawan, sama ada di Hanoi atau Bacolod City pada Sabtu, 15 Disember 2018.

Bagi penyokong Harimau Malaya yang berminat untuk pergi menyaksikan perlawanan tersebut, sama ada di Hanoi atau Bacolod City, sama seperti sebelum ini FAM akan menguruskan urusan pembelian tiket untuk perlawanan di tempat lawan itu dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

INFO BERKAITAN : Sah Malaysia Bertemu Vietnam Final Piala Suzuki AFF 2018 

Semoga perkongsian tarikh dan harga tiket Akhir Piala Suzuki AFF 2018 dapat dijadikan panduan buat peminat dan penyokong bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya!

Related Posts

Add Comment