Nik Akif Bakal Tinggalkan The Red Warriors, Sedia Tebus Kontrak RM1 Juta

Nik Akif Bakal Tinggalkan The Red Warriors, Sedia Tebus Kontrak RM1 Juta. Adakah pasukan Kelantan bakal menjadi Perlis kedua? Pemain sensasi Harimau Muda, Nik Akif Syahiran Nik Mat memberi bayangan bakal meninggalkan Kelantan FA pada musim ini dimana sedia menebus kontrak berjumlah RM1 juta demi menyelamatkan kariernya dalam saingan Liga Malaysia.

Kemelut kewangan yang dialami dalam pasukan Kelantan bagaikan tiada berkesudahan dimana sebelum ini bekas pemain Perlis, Badhri Radzi menyatakan perkara yang sama untuk meninggalkan pasukan itu. Hal ini berikutan penamatan kerjasama antara Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan MyInspiration yang memegang majoriti besar saham di dalam Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd.

Nik Akif Bakal Tinggalkan The Red Warriors, Sedia Tebus Kontrak RM1 Juta

“Kalau boleh saya mahu menunggu sehingga kontrak tamat pada penghujung 2020, tetapi jika keadaan ini berterusan, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan pasukan lebih awal.

“Saya sedia menebus kontrak berjumlah RM1 juta untuk berhijrah ke pasukan lain jika keadaan mereka memaksa demi karier dan masa depan saya,” kata Nik Akif seperti dilaporkan Sinar Harian.

Nik Akif Bakal Tinggalkan The Red Warriors, Sedia Tebus Kontrak RM1 Juta

Sekali lagi kemelut kewangan kembali menghantui The Red Warriors sehingga dikatakan tunggakan gaji berlaku untuk bulan Februari dan Mac. Mungkin perkara ini tidak dinafikan dimana penyerang import mereka, Raul Tarragona turut meninggalkan pasukan itu atas persetujuan bersama.

Pasukan manakah yang bakal menebus kontrak Nik Akif bernilai RM1 juta?

Foto Kredit : Kelantan FA

Related Posts

Add Comment