Safiq Rahim Sah Mengikat Kontrak Semusim Bersama Melaka United

Safiq Rahim Sah Mengikat Kontrak Semusim Bersama Melaka United. Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) mengucapkan selamat datang kepada bekas kapten Skuad Bolasepak Kebangsaan, Safiq Rahim ke Melaka United.

Safiq, 31 tahun yang beraksi di posisi tengah kini sah mengikat kontrak semusim untuk bersama Melaka United mengharungi saingan Liga Malaysia 2019.

Safiq Rahim Sah Mengikat Kontrak Semusim Bersama Melaka United

Safiq Rahim Sah Mengikat Kontrak Semusim Bersama Melaka United

Sepanjang kariernya, beliau telah mengecapi pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara antaranya membantu pasukan Johor Darul Ta’zim menjuarai Kejohanan Piala AFC pada 2015, menjuarai Piala Malaysia pada 2017, Juara Liga Super lima tahun berturut-turut (2014-2018) dan Piala FA 2016 di samping pernah membantu pasukan Selangor menjuarai Liga Super 2010.

Beliau juga menjadi tonggak utama Skuad Bolasepak Kebangsaan ketika menjuarai Piala AFF 2010 serta Pingat Emas Sukan SEA 2009.

Semoga dengan pengalaman yang dimiliki Safiq yang terkenal sebagai ‘pakar sepakan percuma’, bakal memperkuatkan cabaran Skuad Hang Tuah untuk bersaing dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2019.

Related Posts

Add Comment