Stadium Sultan Mizan Guna Rumput Jenis ‘Bermuda’, Jangka Siap Pada September 2019

Stadium Sultan Mizan Guna Rumput Jenis ‘Bermuda’, Jangka Siap Pada September 2019. Jika sebelum ini pemilik bolasepak kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Mahkota Johor mengucapkan syabas ke atas Terengganu FC yang menaik taraf padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Menerusi laman sosial Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, memaparkan SSMZA akan menggunakan rumput jenis ‘Bermuda’ dan dijangka akan memiliki padang baru yang lebih sesuai untuk digunakan September tahun ini.

Seterusnya stadium tersebut dapat digunakan oleh skuad Terengganu Football Club termasuk juga lain-lain pasukan di negeri ini. Perkara tersebut dikongsikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim dan kakitangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu turun bagi meninjau perkembangan kerja-kerja mengalih rumput sedia ada di stadium terbabit.

Stadium Sultan Mizan Guna Rumput Jenis ‘Bermuda’, Jangka Siap Pada September 2019

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) akan memiliki padang baru yang akan diratakan tanah dan penanaman rumput. Permulaan kerja akan menumpukan semakan terhadap sistem ‘drainage’ (saliran) sedia ada samada berfungsi atau tidak.

Pada asalnya, rumput Paspalum yang akan digunapakai tapi ia agak cerewet untuk diuruskan. Malah memerlukan air masin untuk proses siraman. Oleh itu saya lebih memilih jenis rumput Bermuda.

Stadium Sultan Mizan Guna Rumput Jenis 'Bermuda', Jangka Siap Pada September 2019

Bagi projek naik taraf padang SSMZA, kos menaik taraf padang berkenaan datangnya daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hasil hubungan baik antara pihak PBSNT dan Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kos tersebut bernilai RM1 juta.

Hishamuddin menambah lagi, “Kita rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MFL atas peruntukan baik pulih padang ini. Untuk kerja pemantauan MFL telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantau yang dianggotai MFL, JKR (Jabatan Kerja Raya), KSNT (Kompleks Sukan Negeri Terengganu) dan PBSNT.”

Stadium Sultan Mizan Guna Rumput Jenis 'Bermuda', Jangka Siap Pada September 2019

Sumber : Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Related Posts

Add Comment