Amirizdwan Taj Turut Kesal Tunggakan Gaji, Mana RM15 Juta Bajet PFA Pergi? Jika sebelum ini bekas pemain Kelantan FA, Piya berasa kesal dengan kepimpinan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang gagal melunaskan dua bulan tunggakan gaji beliau dan pemain-pemain lain. Kini, pemain pertahanan Perlis Amirizdwan Taj Tajuddin turut bersuara kekesalan terhadap PFA. Gara-gara termakan pujukan janji daripada PFA, Amirizdwan sekali lagi menjadi mangsa tunggakan gaji selepas pasukan lamanya turut mempunyai skrip yang sama.
Sebelum ini Amirizdwan pernah mengalami tunggakam gaji ketika bersama skuad Angkatan Tentera Malaysia dan Kelantan FA. Namun beliau bakal berdapan sekali lagi dengan pasukan baharunya, Perlis yang masih gagal melunaskan tunggakan gajinya.
Amirizdwan Taj Turut Kesal Tunggakan Gaji, Mana RM15 Juta Bajet PFA Pergi?
Menurut kata Amirizdwan, Presiden PFA pernah mengakui mempunyai bajet besar RM15 untuk mengharungi sepanjang Liga Perdana Malaysia 2019 dan menyebabkan beliau yakin untuk menyertai pasukan tersebut.
Dengan itu, pemain tinggi lampai ini bersetuju untuk menyarung jersi skuad NothernLions Perlis bersama beberapa pemain senior lain antaranya iaitu Khyril Muhymeen, Safee Sali, Badri Radzi, Nazriq Baharom, Azmi Muslim dan ramai lagi.
Menurut katanya lagi ketika dihubungi Arena Metro, mana RM15 juta itu? Beliau kata bajet RM15 juta itu untuk pasukan utama Perlis hingga hujung musim ini. Takkan dah habis atau sebenarnya beliau kencing saya.
Masalahnya liga tak mula lagi, saya dan kawan-kawan lain tak dibayar langsung daripada bulan lepas dan esok dah masuk bulan kedua. Saya berharap beliau akan dapat selesaikan masalah ini segera!
Jika benar kesemua pemain akan mengangkat kaki, Perlis berdepan risiko bahaya untuk menghadapi UiTM FC pada 8 Februari ini, sepertimana terjadi pada pasukan Kuantan FA pada musim lalu.
Kredit Foto : Nothernlions Perlis
Sumber : Harian Metro