Tan Cheng Hoe Kekal Jadi Jurulatih Harimau Malaya, FAM Sambung Kontrak 2 Tahun. Desas desus mengenai status ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe yang telah berakhir kontrak bersama Harimau Malaya, hari ini terjawab dimana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menyambung kontrak Tan Cheng Hoe selama dua (2) tahun dengan KPI yang lebih tinggi.
Tan Cheng Hoe Kekal Jadi Jurulatih Harimau Malaya, FAM Sambung Kontrak 2 Tahun!
Banyak spekulasi timbul sebelum ini dimana menerusi laman NorthernLions, pasukan Perlis mahukan Tan Cheng Hoe menjadi Pengarah Teknikal mereka. Ada yang tambah lagi menerusi gambar daripada Johor Southern Tigers ternampak susuk badan Tan Cheng Hoe bermakan malam bersama pemain-pemain Johor Darul Ta’zim. Kini, spekulasi tersebut telah terjawab!
Tan Cheng Hoe yang sebelum ini telah mencuri tumpuan penyokong Harimau Malaya selepas membawa skuad Malaysia mara ke perlawanan akhir pentas Piala AFF Suzuki 2018. Rata-rata peminat bolasepak Malaysia berpuas hati gaya permainan yang dibawa oleh Tan Cheng Hoe.
Untuk tahun ini, tugas lebih berat menanti Tan Cheng Hoe dimana skuad kebangsaan bakal berdepan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022. Semoga skuad Harimau Malaya terus melakar kejayaan bersama Tan Cheng Hoe.
Sumber : FAM