Tiga Kelab Thailand Jadi Pilihan JDT Untuk Perlawanan Pra-Musim

Tiga Kelab Thailand Jadi Pilihan JDT Untuk Perlawanan Pra-Musim. Musim baharu Liga Malaysia 2019 bakal bermula tidak lama lagi. Sudah pastinya setiap pasukan dari Liga Super akan membuat persiapan dengan mengadakan perlawanan persahabatan pra-musim. Tak terkecuali penyandang juara Liga Super 2018, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal mengadakan perlawanan pra-musim di Thailand pada pertengahan Januari 2019. Menurut portal Johor Southern Tigers, pasukan JDT dijadualkan bertemu Ratchaburi Mitrphol FC pada 17 Januari, Bangkok United FC pada 20 Januari dan PTT Rayong FC pada 23 Januari 2019.

Tiga Kelab Thailand Jadi Pilihan JDT Untuk Perlawanan Pra-Musim

Tiga Kelab Thailand Jadi Pilihan JDT Untuk Perlawanan Pra-Musim

Kelab daripada Thailand sekali lagi dipilih menjadi medan ujian buat pasukan Johor Darul Ta’zim setelah menguji Army United, Chonburi FC dan Port FC pada perlawanan pra-musim tahun lalu. Hal ini kerana faktor jarak dan persamaan daripada kelab Thailand yang sama beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Perlawanan pra-musim ini juga bakal menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain baharu dan lama termasuk import baharu. Ia sebahagian daripada persiapan penting skuad Harimau Selatan dan semoga gandingan baharu pemain berjaya memastikan falsafah JDT mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

Selamat maju jaya buat Johor Darul Ta’zim.

Kredit Info & Foto : JST

Related Posts

Add Comment