Wan Kuzain Dedah Hasrat Berminat Beraksi Bersama Safawi dan Akhyar

Wan Kuzain Dedah Hasrat Berminat Beraksi Bersama Safawi dan Akhyar. Anda pernah tahu anak Amerika kelahiran Malaysia iaitu Wan Kuzain Wan Kamal? Jika sebelum ini kita ketahui pemain muda Amerika Syarikat, Wan Kuzain yang beraksi di liga utama Major League Soccer bersama Sporting Kansas City. Kini Wan Kuzain memberi bayangan dia bersedia untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa depan?

Wan Kuzain Dedah Hasrat Berminat Beraksi Bersama Safawi dan Akhyar

Kredit Foto : Football Tribe

Wan Kuzain Dedah Hasrat Berminat Beraksi Bersama Safawi dan Akhyar

Wan Kuzain mendedahkan bahawa beliau menyimpan hasrat untuk beraksi bersama dua pemain muda negara iaitu penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid. Memandangkan masa sekarang Wan Kuzain belum lagi beraksi bersama skuad senior Amerika Syarikat, pemain anak Melayu berusia 20 tahun itu masih layak mewakili skuad kebangsaan kerana ibu bapanya adalah rakyat Malaysia.

Menurut kata Wan Kuzain dalam sesi ramah di Sunway Pyramid menjelaskan, “Dua pemain Malaysia menarik minat saya iaitu Akhyar dan Safawi kerana mereka menunjukkan aksi yang begitu berani dan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi pertahanan lawan. “Saya mahu menjadi pemain dengan kriteria sebegitu dan sudah tentu saya mahu beraksi bersama mereka,”.

Beliau turut mengikuti perkembangan skuad Harimau Malaya dan mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan negara setelah berjaya memperolehi gelaran naib juara Piala AFF Suzuki 2018. Katanya lagi, “Buat masa ini, ia 50-50. Namun saya akan membuat keputusan terbaik apabila tiba masanya nanti.

ARTIKEL LAIN : Hadi Fayyadh Sah Berhijrah ke Kelab Jepun Fagiano Okayama

Jika benar-benar Wan Kuzain menyertai skuad kebangsaan memberi satu kebaikan buat Malaysia.

Related Posts

Add Comment