Luqman Hakim Bintang Kelahiran Kelantan, Bakal Ikut Jejak Hadi Fayyadh di Liga Jepun?

Luqman Hakim Bintang Kelahiran Kelantan, Bakal Ikut Jejak Hadi Fayyadh di Liga Jepun? Walaupun skuad Harimau Malaya B-18 menamatkan saingan Piala Sanix 2019 di tangga ke-12, Malaysia masih ada pencapaian yang boleh dibanggakan apabila pemain muda berusia 17 tahun dan bekas akademi NFDP, Luqman Hakim Shamsudin dipilih berada dalam kesebelasan terbaik kejohanan itu.

Malah penyerang kelahiran Kelantan itu dan penjaring terbanyak Kejuaraan AFC B-16 tahun lalu, dilaporkan turut berjaya mencuri perhatian beberapa pencari bakat dari kelab ternama Liga Jepun yang bersedia menawarkan tempat buatnya.

Luqman Hakim Bintang Kelahiran Kelantan, Bakal Ikut Jejak Hadi Fayyadh di Liga Jepun?

Menurut Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi hamada, Luqman terpilih melalui undian yang dilakukan oleh Ketua-ketua jurulatih bagi setiap pasukan yang bertanding dalam kejohanan Piala Sanix 2019. Pemilihan Luqman berdasarkan kelajuan yang dimiliki dan kemahiran dalam mengendalikan bola pada setiap perlawanan.

“Sekurang-kurangnya lima pasukan menunjukkan minat, mereka sudah mengikuti perkembangan Luqman Hakim sejak berakhir Kejuaraan AFC B-16 tahun lalu dan tertarik dengan kualiti permainannya di Piala Sanix.

Luqman Hakim Bintang Kelahiran Kelantan, Bakal Ikut Jejak Hadi Fayyadh di Liga Jepun?

Kata Pengarah Urusan Yakult Malaysia lagi, “Dia berada dalam kesebelasan pilihan pertandingan, ianya adalah menerusi undian oleh semua jurulatih pasukan yang mengambil bahagian. Ini menunjukkan kebolehan dia diiktiraf dan prestasinya juga telah dinilai oleh Persatuan Bolasepak Jepun,”

“Terpulang kepada Luqman Hakim jika dia mahu menyertai Liga Jepun, saya gembira untuk membawanya ke sini dan bersedia membantu dia melebarkan kariernya. Kita akan bawa dia menjalani ujian bersama kelab di sini dan semua kos adalah ditanggung,” ujar Hiroshi Hamada lagi.

Luqman Hakim Bintang Kelahiran Kelantan, Bakal Ikut Jejak Hadi Fayyadh di Liga Jepun?

Sebagai rekod, penyerang muda Hadi Fayyadh Abdul Razak menjadi pemain pertama Malaysia yang mendapat tempat untuk beraksi di kelab Divisyen Dua Liga Jepun, apabila dia menandatangani kontrak bersama kelab Fagiano Okayama.

Adakah Luqman merupakan pemain Malaysia kedua yang bakal berkelana di Jepun?

Sumber : FOXsports Asia

Foto Kredit : FAM, Sanix

Related Posts

Add Comment