MFL Beri Penjelasan Isu Pengadil Perlawanan Perak lwn Kedah

MFL Beri Penjelasan Isu Pengadil Perlawanan Perak lwn Kedah. Dalam perlawanan kedua Liga Super 2019 membabitkan antara Perak dan Kedah di Stadium Perak telah mencetuskan satu insiden yang melibatkan pengadil utama perlawanan. Dalam aksi tersebut perlawanan terhenti selama 15 minit apabila pengadil perlawanan, Hamdan Awang terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kekejangan dipercayai hamstring. Hal menyaksikan perlawanan itu terganggu sebentar dan menghilangkan rentak permainan yang agak tinggi.

Ramai peminat bolasepak tempatan khususnya penyokong Perak dan Kedah telah menyalahkan pengelola Liga Malaysia iaitu Malaysian Football League (MFL) terhadap apa yang berlaku membabitkan pengadil perlawanan. Hari ini, Malaysian Football League telah tampil menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

MFL Beri Penjelasan Isu Pengadil Perlawanan Perak lwn Kedah

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Malaysian Football League menyatakan bahawa pemilihan dan pembangunan pengadil tempatan yang bertugas di Liga Malaysia adalah tanggungjawab sepenuhnya daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

MFL Beri Penjelasan Isu Pengadil Perlawanan Perak lwn Kedah

Pertikaian itu berlaku apabila pengadil ke-4, Halim Ramlan merupakan pengadil berasal dari Perak. Hamdan diberikan rawatan untuk membantunya meneruskan tugas, tetapi pengadil perlawanan itu tidak berjaya dan dia digantikan oleh pembantu pengadil 2, Mohd. Shahreen Omar pada minit ke-88.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 semalam. Kedua-dua pasukan mengutip satu mata di Stadium Ipoh, Perak.

Baca kenyataan penuh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, ACP (B) Md Dali Wahid di https://bit.ly/2GhOvBM

KREDIT FOTO: Malaysian Football League

Related Posts

Add Comment