MFL Nafi Menggunakan Perkataan ‘Daif’ Kepada Pasukan Liga Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam menyangkal menggunakan perkataan ‘daif’ kepada pasukan Liga Malaysia menurut daripada satu laporan salah satu akhbar tempatan. Sebaliknya Kevin Ramalingam mendedahkan beliau hanya menjelaskan perancangan semasa pasukan-pasukan dan bukannya menyentuh perihal kedudukan kewangan pasukan-pasukan bertanding di Liga Malaysia (Liga M).
Hari ini satu akhbar tempatan melaporkan Kevin memberitahu hampir 90 peratus daripada 24 pasukan Liga Malaysia dan ada segelintir pasukan terbabit mempunyai struktur kewangan yang rapuh dengan tempoh bertahan hanya satu bulan untuk meneruskan saingan liga.
MFL Nafi Menggunakan Perkataan ‘Daif’ Kepada Pasukan Liga Malaysia
Menurut Kevin, beliau hanya beliau hanya menjelaskan senario perancangan pasukan dan bukannya menyentuh mengenai isu kewangan. “Saya langsung tidak pernah sebut perkataan ‘daif’ seperti yang dilaporkan tajuk berita akhbar berkenaan.
“Ini kerana saya masih ingat penjelasan saya sebenarnya adalah kebanyakan persiapan pasukan-pasukan hanyalah fokus untuk menghadapi Liga Malaysia dalam tempoh setahun atau dua dan bukannya jangka masa panjang. Ujarnya lagi!
Kevin Ramalingam mengulas lagi, “Secara asasnya MFL tidak menuduh rakan-rakan kongsi iaitu pasukan yang bertanding di Liga Malaysia. Malah, kami akan sentiasa berusaha untuk membantu pasukan-pasukan, bukannya mencari jalan menuding kesilapan mana-mana pihak.
“Jadi, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa laporan itu tidak tepat kerana MFL tidak pernah membuat kenyataan dengan menggunakan perkataan sedemikian,”
Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif MFL itu turut mendedahkan MFL terus kekal komited untuk mengagihkan geran tahunan kepada pasukan Liga Super dan Liga Premier seperti yang dijanjikan.
Kevin menambah lagi, “Buat masa ini tiada lagi tarikh khusus untuk penyerahan geran tahunan tetapi MFL telah bertemu dengan setiap pasukan menjelaskan perkara yang berlaku. Apapun, MFL akan memberikan yang terbaik bagi memastikan geran tahunan itu akan dapat diberikan.”
Foto Kredit / Sumber : MFL