Gyeongnam FC Optimis Jinakkan JDT di Larkin. Misi getir buat pasukan Johor Darul Ta’zim bakal menerima kunjungan daripada pasukan dari wakil Korea Selatan, Gyeognam FC. Kedua-dua pasukan akan beraksi pada 12 Mac ini dalam perlawanan kedua aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.
Dalam sesi sidang media dan mesyuarat perlawanan antara JDT menentang Gyeongnam FC, Benjamin Mora dan Hariss Harun mewakili JDT manakala pasukan Gyeongnam FC pula diwakili oleh Ketua Jurulatih, Kim Jong-pu dan Ketua Pasukan, Bae Ki-jong. Kelab dari Korea Selatan, Gyeognam FC optimis mampu menjinakkan skuad kendalian Luciano Figueroa untuk membawa pulang tiga mata apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.
Gyeongnam FC Optimis Jinakkan JDT di Larkin
Pengendali Gyeongnam FC, Kim Jong-boo, berkata, walaupun JDT mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri dan biasa keadaan cuaca panas namun skuad kendaliannya akan membuat persiapan rapi dan tiada masalah untuk menghadapi kelab dari Malaysia itu.
Menurut katanya lagi, “Ya pasukan JDT tampil buat pertama kali dalam kancah ACL dan kami juga serupa JDT dan ia pasti perlawanan menarik namun kami tidak boleh terlalu yakin sebaliknya harus berhati-hati kerana lawan kami adalah kelab terbaik di Malaysia.
“Malah keupayaan JDT tewas tipis 1-2 kepada Kashima Antler yang merupakan juara bertahan agak mengejutkan. Bagaimanapun kami anggap JDT bernasib baik kerana saya melihat rakaman perlawanan itu dan kelab dari Jepun itu tidak menurunkan kesebelasan utama.
Pengendali Gyeongnam FC berkata lagi, “Kami turun ke Johor Bahru dengan satu misi, iaitu menang dan ketika aksi Liga 1 Korea apabila tewas 2-1 kepada Incheon United, saya tidak menurunkan barisan terbaik kerana mahu beri tumpuan pada aksi ACL dan untuk menentang JDT pastinya barisan terbaik akan diturunkan,”
Dalam sidang media, Jong-boo ditanya sama ada mengenali corak permainan JDT? Pengendali itu mengakui tahu tentang kekuatan skuad Harimau Selatan yang dikongsi oleh bekas pemain import Kelantan dan Terengganu FC, Do Dong-hyun yang pernah bersama ketika musim 2017 dan 2018.
Nantikan perlawanan ini antara Johor Darul Ta’zim dengan Gyeongnam FC yang akan berlangsung pada hari Selasa, 12 Mac 2019 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.
Kredit Foto : Johor Southern Tigers
Sumber : Berita Harian