Syazwan Andik Kini Sah Jadi Milik Johor Darul Ta’zim

Syazwan Andik Kini Sah Jadi Milik Johor Darul Ta’zim. Jika sebelum ini ada ura-ura mengatakan pemain kebangsaan negara, Syazwan Andik akan berhijrah ke pasukan lain. Desas desus penghijrahan beliau membabitkan ke pasukan Selangor, Melaka United dan Johor Darul Ta’zim. Kini menerusi laman Johor Southern Tigers telah mengumumkan bekas pemain Kuala Lumpur FA itu sah menjadi milik JDT. Beliau merupakan anak jati Johor yang pernah beraksi bersama JDT II pada tahun 2016 hingga 2017.

Syazwan Andik Kini Sah Jadi Milik Johor Darul Ta'zim

Pemain ini yang mula mendapat perhatian di hati peminat bolasepak Malaysia dimana beliau mempamerkan aksi terbaik ketika kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 tempoh lalu. Dengan kemasukan Syazwan sudah pastinya akan memperkuatkan lagi jentera bek kiri yang kini diisi oleh Corbin Ong.

Syazwan Andik Kini Sah Jadi Milik Johor Darul Ta’zim

Namun, bekas majikan beliau Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur kemungkinan besar akan mengheret pemain itu kepada FAM sama seperti kes membabitkan bekas pemain Kedah FA, Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim. Di sebalik itu juga, KLFA mengakui berdepan tunggakan gaji sebulan dan kelompongan dalam kontraknya yang menyatakan sekiranya dia berdepan tunggakan gaji, kontraknya boleh dianggap batal.

BACA JUGA : Senarai Perpindahan Pemain Liga Super 2019 

Selamat datang Syazwan Andik ke Johor Darul Ta’zim.

Related Posts

Add Comment