Tuntut Bela Kematian Stefan Petrovski, MUSA dan FAM Bakal Disaman! Kematian Stefan Petrovski, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) bakal berdepan saman jutaan ringgit. Ingat lagi kisah seorang pemain muda Melaka United, Stefan Petrovski mati kerana dipanah petir ketika menjalani latihan bersama pasukkannya. Penjaga gol itu koma tiga minggu lebih sebelum menghembus nafas terakhir pada 1 Mei 2016 lalu dan kemudian kes itu senyap begitu saja.
Memetik laporan sebuah portal, bapa penjaga gol terbabit yang dikenali sebagai Marko mendakwa kes kematian Stefan Petrovski itu senyap begitu saja tanpa ada sebarang tindakan susulan diambil oleh FAM dan MUSA. Tambahan lagi, keluarga bekas penjaga gol Melaka, Stefan Petrovski tidak berpuashati terhadap tahap keselamatan hingga menyebabkan kematian anaknya.
Tuntut Bela Kematian Stefan Petrovski, MUSA dan FAM Bakal Disaman!
Keluarga mendiang menjelaskan, “Mereka mengatakan bantuan pernafasan sudah diberikan dan langkah wajar juga sudah diambil. Namun bagi saya ia (bantuan) tidak ada. Jika betul, dia pasti hidup. Punca kematiannya adalah adalah kerana kekurangan oksigen ke otak. Tiada doktor di kawasan itu dan tiada ambulans yang dipanggil.”
Selain itu, bapa kepada penjaga gol itu mempertikaikan tindakan pegawai pasukan Melaka United yang hanya membawa anaknya menggunakan kenderaan persendirian sekaligus menyebabkan mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Kata ayahnya lagi, “Mereka mengambil masa 45 minit untuk tiba di hospital. Dia sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Mereka dapat menghidupkannya semula (di hospital) dan organnya kembali berfungsi, tetapi otaknya sudah pun mati ketika itu,”

Walaupun, kejadian itu yang membabitkan anaknya telah lama berlalu pada tahun 2016. Namun, ayah Stefan Petrovski yang dikenali sebagai Marko tetap mahu menuntut keadilan ke atas anaknya dan ingin menyaman FAM dan MUSA.
Baki Gaji Stefan Petrovski Masih Tertunggak
Kata Marko, “Selepas kematiannya, Melaka United berjanji akan membayar baki gajinya (sekitar RM 644,630). Mereka hanya membuat bayaran pada bulan pertama, jadi kami kini menuntut bakinya, ganti rugi teladan, daripada semua pihak yang bertanggungjawab termasuk ahli lembaga kelab dan ahli lembaga FAM.

“Mereka (FAM) memberikan lesen kepada kelab dan menetapkan tahap keselamatan, di mana mereka gagal (kerana tidak menyediakan persekitaran bekerja yang selamat),”
Sumber : Harian Metro
Foto Kredit : FB Saya Anak Melaka, MUSA